Wednesday, August 24, 2016

How to fix black and blank screen on Samsung Galaxy S5

Hi guys..

Just found out a new thing to fix my phone.. maybe this can help other people out there too..

I've been using Samsung Galaxy S5 for almost 2 years.. yeahh next month gonna be the 2 years anniversary.. >.<

So this happened last week.. i accidentally dropped my phone gently on the floor from the height of 5cm.. hahaa.. and after that the screen just went blank.. the phone is on but seemed like the screen just black.. cant see anything.. of course i was shocked cause before this i just cant count how many times i dropped it and it just stays strong.. haha

So i google i found this solution. Follow the steps:
1. Open the back cover and take out the battery.
2. Press the power, volume up and home button at the same time for about 1-2 min to drain out the power.
3. Then wait for a while for few minutes and put back the battery.
4. Try to switch on.

So i tried few times then only my phone started to function again.. i think bout 8-10 times.. phewwwwwwww

Then yesterday night i accidentally again knock my s5 gently on the wall.. ohhhh not again.. the black screen comes again.. it's just really a soft tap on the wall.. so tried the same way as before.. but still nothing happened.. the phone was actually turned on but the screen just unresponsive.. so i started to watch youtube video using my sister's phone and looked out at all the comments.. and read this..

TRY TO HIT THE UPPER RIGHT OF THE DISPLAY SCREEN BOTH FRONT AND BACK

 So i took out the battery, wait for few seconds then put it back, hit/knocked the upper right of the display screen by using my hand's knuckle.. hit both front and back few times.. then press the power button..

It works!!! My phone is back finally!! They said maybe due to circuit problem.. maybe it works on other samsung phone too.. You can just try it out..

Good luck!!



Saturday, August 15, 2015

Nilai Ringgit jatuh, apa tindakan Najib?

Semua orang pun tahu kan macam mana teruknya nilai matawang ringgit sekarang ni. Makin hari makin jatuh tanpa naik sikit pun. Tapi bila tengok menteri2 kat Malaysia ni rasa sedih betul. Tambah2 lagi perdana menteri sendiri. Macam tak ada tindakan langsung. Dia lagi sibuk pasal hal politik dia, cakap pongpang pongpang sana sini, sibuk nak tutup semua skandal2 dia yg satu dunia dah tau.. datang pulak satu menteri bodoh yang cakap orang gila je yang cakap ringgit jatuh tu teruk. 

Apa la nak jadi dgn Malaysia ni. Menteri2 sibuk nak kejar duit, tak ada asas ekonomi. Budak tak sekolah pun tahu yang Ringgit jatuh tu situasi yang teruk. Nampak tak menteri2 kat Malaysia ni asas pendidikan diorang teruk. Memang la korang tak rasa susah dengan kejatuhan ringgit sebab senang dapat supply duit. Sokong je PM, selesai masalah. Satu dunia keluar berita pasal Malaysia, memang memalukan.

Ok, kalau nak cakap masa Mahathir pun bukan tak ada skandal politik. Ya, memang ada tapi Mahathir tak pernah abaikan ekonomi Malaysia. Ya, nilai Ringgit pernah jatuh masa Mahathir dulu. Tapi Mahathir berusaha nak naikkan balik. Macam mana? Dia jual jet la. Macam2 dia buat. Tapi apa Najib buat? Beli jet, belanja kahwin anak dia besar2an yang tak tahu duit tu ambil dari mana, skandal duit makin banyak, duit berjuta2 masuk dalam akaun dia dengan Rosmah.

I dare u, Najib. Kalau betul kau tu bagus sangat, naikkan balik nilai ringgit dalam masa 2 bulan ni. Kalau tak memang kau tak ada kredibiliti langsung jadi pemimpin Malaysia dgn menteri2 tak berpelajaran kau tu. Tak guna cakap je lebih, tapi habuk apa pun tak jadi. Sejak kau memerintah, tak ada perkembangan apa2 pun yang kau buat kat Malaysia ni. Semua yang ada sekarang ni dari zaman Mahathir. 

Seriously I dare U!!

Thursday, July 9, 2015

Cirit birit berbuka puasa makan KFC

Semalam berbuka kakyung beli kfc kat bandar sri permaisuri ni.. alaa kfc yg baru bukak tepi dominos tu.. dulu kat stadium tu tapi bila stadium under construction tu yg diorang tutup tukar tempat kat tepi dominos tu.. dekat je dengan rumah kitorang..

So berbuka semalam memang kami makan semata2 ayam KFC hot and spicy 2 ketul sorang.. kakyung ada beli nasi ayam dia sekali tapi bila sampai rumah bukak bekas tu diorang bagi NASI PUTIH KOSONG JE INSTEAD OF NASI AYAM!! Haaaaa tudia capslock supaya korang nampak kebengangan kami di situ ye.. dah la time tu nak dekat dah waktu berbuka memang tak la nak pegi balik.. so kami terpaksa redha je la.. 

Then dalam pukul 10 malam perut rasa macam tak sedap dah.. dah rasa aura2 sakit perut tu.. so sebelum tidur sapu la losyen anugerah yg berangin tu kat perut.. dalam pukul 11 wani tidur la sebab nak bangun awal sahur kan.. then pukul 12 tgh malam wani terjaga sakit perut gila2.. seriously mengerekot kat atas katil tahan sakit.. rasa macam nak berguling2.. dari pukul 12 malam sampai 2 pagi tu, 5 kali wani pergi toilet.. dah tu baru rasa lega sambung tidur balik pukul 2 pagi.. then nasib baik kakyung kejut sahur pukul 5, memang tak sedar langsung badan penat gila..

Lepas sahur tu perut buat hal balik, pergi toilet lagi cirit birit.. then sambung tidur sekejap dalam setengah jam dalam pukul 7.15 pagi siap2 nak pergi kerja.. tengah siap2 tu perut memulas2 lagi.. memang pergi toilet lagi sekali.. kira2 dah 7 kali la cirit birit dari malam tadi.. so yakin la rasa ok dah kot tak sakit perut lagi dah.. so decide nak pergi kerja je la.. tengah kat jalan pudu jalan tengah jam gila sakit perut datang balik.. meremang bulu roma, berpeluh2 tahan sakit.. fikir2 dah dekat dah nak sampai client, takpela teruskan je pergi kerja.. Bila dah sampai client rasa perut dah ok dah.. ok2 bagus.. tapiiiii dah pukul 10 sakit perut datang balik pergi toilet lagi 2 kali.. dah lepas tu memang badan dah lembik tak mampu dah nak buat kerja..

So time tu decide je la balik pergi klinik ambik mc.. dah tgh on the way balik tu depan times square tiba perut ni macam ada tsunami kat dalam ni.. memang berombak2 rasa.. time tu laju fikir kat mana tempat yg senang cari parking and tempat parking dia dekat dengan toilet, and kat situ ada klinik panel.. fikir2 ok, The Sphere Bangsar South!! Sebab kalau nak naik lif kat rumah tu nak bukak kunci rumah lagi memang tak sempat weeiiii.. sempat wani pengsan dalam lif tu dulu.. tengah sakit perut gila2 memang drive macam racing F1 la.. dah tu otak tengah serabut boleh pulak salah masuk jalan.. memang kelam kabut cari fon nak bukak waze pulak.. time tu memang jangan cakap la dah menyumpah2 diri sendiri tengah tahan sakit gila2.. sabo je la.. 

Alhamdulillah lepas tu dengan jayanya sampai kat The Sphere.. time kat klinik tu doktor tu cakap haaa ni mesti sebab makanan berbuka awak semalam ni.. cara dia cakap macam wani ni semalam mesti berbuka makan bukan2 macam2.. dengan semangatnya wani defend diri cakap ehhh mana ada doktor.. semalam berbuka saya makan 2 ketul ayam kfc je.. tuuu jeeee.. muka doktor tu dah macam nak tergelak dah.. ok fine nasib baik handsome.. hahahaa.. so tadi memang surrender la terpaksa berbuka sebab perut dah masuk angin teruk dah.. 

So bila kakyung dah balik, dia cakap dia pun sakit perut cirit birit dari pukul 10 malam semalam tu sampai lepas sahur.. lebih kurang wani la tu.. so apa lagi.. memang dah sah la ayam KFC tu dah contaminated kot.. ada bakteria apa entah.. sebab tu je yang kitorang makan masa berbuka..

Yang wani geram tu dah la bagi nasi kosong bukan nasi ayam.. harga yang kitorang bayar harga nasi ayam okeyyyy.. lepastu bagi ayam tak elok sampai kitorang kena food poisoning.. sampai sekarang pukul 10malam hari berikutnya wani sakit perut okeyy.. 

HANYA DI KFC BANDAR SRI PERMAISURI CHERAS!!

Wednesday, July 8, 2015

Komen: Kes 3 Gadis Myvi Mengamuk

Korang mesti ingat lagi kan kes ni dalam bulan Mac 2015 yang lepas 3 orang budak perempuan drive kereta myvi mengamuk menjerit terlolong terlalak macam perempuan meroyan kat pemandu teksi tu kan. Haaaaa kes tu dah selesai dah hari ni. Tapi result dia seriously wani rasa tak adil.

Kes dia kan macam ni perempuan2 tu mengamuk sebab teksi tu terlanggar kereta dia lepas tu dia kejar teksi tu stop kat petrol station. Lepas tu perempuan2 tu mengamuk macam kena rasuk menjerit2 dia tepis fon pakcik teksi tu sampai rosak. Lepas tu pakcik teksi tu tampar rasanya perempuan2 tu yg mulut celupar macam layak dipanggil betina je memalukan kaum perempuan. Kalau wani jadi pakcik teksi tu pun wani rasa akan tertampar rasanya muka perempuan2 tu sebab kurang ajar sangat. Lepas tu kat balai polis datang la mak bapak perempuan tu marah2 dia pergi tampar pakcik teksi tu pulak sampai berdarah okeyyyy. Dalam hati cakap oooo patutla perangai anak macam tu, sebab mak bapak pun macam tu. So memang padan la satu family takde adab, mak bapak dia pun kureng so macam mana nak ajar anak kan.

So keputusan mahkamah yg sgt tak adil tu ialah pakcik teksi tu kena bayar setiap sorang perempuan2 tu rm1000 manakala si bapak yg menampar pakcik teksi tu kena bayar rm50 je. Apala nak jadi dgn undang2 kat malaysia ni. Tak adil langsung. Yg kaya makin kaya, yg miskin makin miskin ditindas. Hakim tu macam tak habis belajar je dan takde perikemanusiaan kot. Memang la pakcik tu salah, bila tgk video tu wani rasa perempuan2 pendek akal tu lagi salah. Mahkamah tak suruh pulak perempuan tu ganti balik fon pakcik tu. 

Hampeh.

Saturday, January 3, 2015

IOI City Mall Putrajaya Review


In a glance, yes i admit that it's a wowwww.. Tapi once dah masuk dalam tu, sakit hati je lebih dari enjoy duduk kat dalam tu..

Yeaapp kat dalam tu memang luas and kedai-kedai kat dalam tu memang thumbs up.. And time sekarang ni parking pun tak payah bayar lagi.. Memang sepatutnya kalau pergi situ mesti happy nak jalan-jalan dengan kawan ke family ke.. Tapi sebaliknya yang terjadi.. Boleh sakit jiwa duduk dalam tu.. 

Tu la first time pergi IOI City Mall and Wani rasa tu la kali terakhir Wani pergi situ pun.. My first experience at IOI City Mall is not a good one.. Cerita dia macam ni la.. Wani pergi situ dalam pukul 3 dengan mak n abah yang datang dari perak.. Plan kami nak jumpa kakak Wani yang tinggal kat Kajang la kat situ, lepas tu nak balik rumah dia kat Kajang terus.. Dia dengan husband dia dah sampai situ dalam pukul 2 lebih..

So bila kami dah sampai tu, orang memang ramai gila.. Tak paham betul almost semua kedai makan beratur panjang walaupun dah pukul 3 lebih.. Kitorang park kat LG and semua restaurants ada kat LG tu la.. So bila masuk je orang memang ramai gila kat floor tu sebab tengah beratur kat semua kedai.. Time tu nak call kakak Wani tapi fon kitorang semua takde line.. So kitorang plan nak escape ke 1st floor dulu before contact kakak Wani..

Mak Wani pun pakai wheelchair so kitorang pun nak guna lif la.. Kat lif pun ramai orang tapi kitorang manage untuk tunggu kat bahagian depan la.. Yang geramnya, dah sah2 manusia semua tu nampak mak Wani guna wheelchair tapi diorang masuk2 ikut tepi sampai kitorang tak muat masuk dalam lif tu sebab lif tu pun x besar mana pun.. So end up kitorang tunggu 3-4 round jugak la nak masuk dalam lif tu.. Yang paling Wani geram, yang boleh naik escalator guna kaki sendiri pun nak jugak naik lif bukannya ada bawak troli ke stroller pun.. Lepas tu dok menyelit nyelit potong line orang.. Syabas rakyat Malaysia kerana anda begitu prihatin..

Then dah sampai first floor pun tengok2 takde line.. Nak mesej normal pun tak boleh ni kan pulak nak whatsapp kan.. Call asyik masuk voicemail je.. Wani dah mesej dah cakap kitorang tunggu kat first floor depan Mothercare tapi tak delivered.. Kakak Wani try call and dapat la tapi bila nak cakap je "kitorang kat depan *krik krik krik*" "kat depan *krok krok krok*".. Asal nak sebut je kat mana terus line tak clear.. Nak call fon abang ipar pun bila dapat je masuk line tapi bila nak cakap tak dengar.. Sampai satu tahap, cakap kat abah nak balik je dah.. Give up nak tunggu nak contact2 lagi dah..

Lebih setengah jam kitorang try nak contact each other tapi tak dapat dan selama lebih setengah jam tu la Wani, mak and abah tunggu kat depan Mothercare tu kot2 diorang dah receive mesej Wani tadi.. Kesian kat abah dah tua nak kena berdiri lama.. Dah la keliling takde langsung tempat duduk macam kat Midvalley ke.. Jalan lalu lalang kemain besar tapi satu kerusi haprak pun takde.. Tengok pakcik2 makcik2 terduduk kat lantai je termasuklah abah Wani.. 

Lepas tu bila cerita kat kawan, diorang cakap IOI City Mall ni memang teruk.. Line memang hampeh takde langsung.. So kalau nak pegi sana ramai2 family ke group kawan2 ke janganla berpisah.. Memang berjam2 lepas tu la baru korang dapat jumpa balik kot kalau nasib baik tiba2 ada line.. Wani tengok time tengah menunggu tu pun orang sebelah Wani tu cuba nak contact orang tapi tak boleh so tersadai jugak la dia kat situ.. Lepas tu kalau korang nak makan lunch, sampai la situ latest pukul 11.30 pg kalau tak, beratur la korang panjang2..

So review saya untuk IOI City Mall is really bad.. Kalau dari 10 bintang, Wani boleh bagi 3/4 je tu pun untuk kedai2 yg ada kat situ je.. Dari segi environment memang 0..

Monday, December 8, 2014

Sediakan Diri... Esok Exam!!


Sedar tak sedar esok dah nak exam rupanya.. Fuuhhh nervous pulak rasa kan.. Ni paper kedua yg wani amik dalam ACCA ni.. Paper P2 Financial Reporting.. Harap2 semua ok tak sangkut..

Bila teringat balik paper first yg wani amik dulu paper P1 wani sangkut.. Time tu memang rasa down gila sebab tu la first dalam hidup ni wani fail.. Masa tu rasa macam dah nak give up dah and time tu jugak wani sedar yg ACCA ni memang tak sama macam degree dulu.. Tapi kuatkan semangat diri ni.. 

Kawan pun memang macam "supportive" sangat tu yg sampai down sgt tu.. Sebab kami bertiga sama ofis so sama2 amik paper tu.. Yg berdua tu amik exam kat centre yg sama, wani sorang je exam centre lain.. Yang sorg tu selalu tak datang kelas and then masa exam dia cakap dia ada tinggal 2 soalan.. Kakak wani cakap selalunya kalau ada tinggal soalan susah nak pass sebab dulu dia pun amik ACCA tp budak tu pass.. Yes, mungkin tu memang rezeki dia takpela kan.. 

Tapi yg masalahnya setiap kali dia jumpa wani mesti dia tanya "bila wani nak repeat" "wani repeat sem ni ke" "wani tak pegi kelas P1 ke".. Setiap kali jumpa mesti dia start percakapan kitorang dgn soalan tu dan setiap kali tu la wani akan bagi jawapan yg sama dgn hati ni yg saaaaaaakit sangat.. Nak je cakap kat dia tu "Kau dah tau aku amik P2 sem ni kelas sabtu ahad, bila yg aku nak pegi kelas P1nye.. Guna otak sikit boleh tak".. Nasib baik simpan je dalam hati ni.. Sampai satu masa wani mengelak diri dari dia and tak nak cakap dgn dia sampai dekat sebulan sebab fobia nanti dia tanya soalan yg sama.. Dahla hati ni sedih lagi sebab fail, tau la yg dia tu selalu tak datang kelas pun lulus.. Tak perlu la nak tanya2 macam tu..

Lepas tu yg kawan lagi sorang tu pulak bila dia tau wani fail sehari selepas result keluar, first benda yg dia tanya kat wani "Laaaa wani macam mana ko boleh fail ni".. Soalan paling bijak dan menyakitkan hati pernah aku dengar.. Nak je wani jawab "Yela aku bodoh engkau pandai sebab tu aku fail kau lulus".. Time tu wani memang tgh sedih lagi memang terus menangis dalam kelas.. Tau pun dia takut.. Tanya soalan tak pakai otak.. Lulus exam tapi tak pandai jaga perasaan orang lain pun tak guna..

Tu la ceritanya.. "Bertuah" sangat wani kan dapat kawan2 yg "supportive" macam tu..

Anyway, doakan wani berjaya and tenang nak jawab exam esok.. Amiinnnn.. =)

p/s: Accounting standards tengah penuh di dada ni.. >.<


Friday, December 5, 2014

Masak Ayam Paprik! =)

Semalam beli makanan.. So hari ni wani masak ayam paprik pulak.. hehehe.. memang my feveret lebih kurang macam ayam masak merah tapi tak boleh lawan ayam masak merah la.. heeeee.. Senang je pun masak paprik ni.. Campur2 sos, letak serai, daun limau purut, then SIAP!!!! So jadi la macam kat bawah ni.. =)


Om nom nom nom nom.. Sodaaappppp.. hihi >.<